Kehidupan peribadi Fasha Sandha

Fasha telah diijabkabulkan dengan Toh Muda Rizal Ashram "Jejai" Ramli yang juga bekas suami pelakon Nora Danish pada 27 April 2012 di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur.[60][61] Mereka telah dinikahkan oleh bapa Fasha sendiri. Tetamu yang hadir hanyalah ahli keluarga dan teman rapat sahaja.[62][63] Pasangan ini dikurniakan dua anak—Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.[64] Pada 20 Januari 2016, Fasha dan Jejai secara rasmi bercerai talak satu.[65] Pada Oktober 2017, Fasha dan bekas suaminya telah memilih untuk menyelesaikan dua kes mahkamah yang melibatkan mereka dengan cara yang baik di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.[66]

Sekitar Ogos 2015, Fasha menafikan khabar angin mengatakan beliau meninggal dunia seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog.[67] Beliau dan pelakon sampingannya dalam drama itu, Dazrin bagaimanapun berkata adegan tembak-menembak dalam drama Miranda lakonannya hanyalah sekadar lakonan sahaja.[68]

Beliau juga dikatakan berkrisis dengan pelakon Nora Danish hingga kedua-duanya tidak bertegur sapa, berikutan tindakan Fasha menghantar gambar di Instagram dengan kata-kata jelik yang mengaitkannya dengan label pakaian Nora, sekaligus menjejaskan perniagaannya.[69][70] Pada penghujung Mei 2018, Fasha dan Nora dilaporkan akan menamatkan perselisihan faham sesama mereka yang telah berpanjangan selama 8 tahun.[71][72][73]

Pada Jun 2018, Fasha dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Aidil Aziz selepas Aidil menjayakan sitkom Mamu Mami Gosip terbitannya, malah menyifatkan Aidil ialah sahabat yang membuatnya gembira dan ketawa. Beliau dipetik sebagai berkata: "Dia (Aidil) membuatkan saya rasa sungguh selesa kerana saya juga seorang wanita yang sukakan kesederhanaan. Dia jugalah sahabat saya yang mampu buatkan kami anak-beranak gembira dan ketawa,"[74][75][76] Fasha juga mempunyai hubungan erat dengan pelakon Fazura, yang disifatkannya sebagai seorang yang pemurah.[77]

Fasha bertunang dengan Aidil pada 18 November 2018 dan majlis pertunangan mereka hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.[78][79] Mereka berdua sebelum ini menafikan pertunangan mereka sebelum membuat pengumuman rasmi.[80] Fasha dan Aidil melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Mac 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fasha ke-35.[81]

Rujukan

WikiPedia: Fasha Sandha http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fasha-san... http://www.astroawani.com/video-hiburan/fasha-aidi... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1278112 http://www.budiey.com/drama-seindah-sakura-tv3/ http://www.budiey.com/filem-evolusi-kl-drift-filem... http://www.budiey.com/filem-usahasama-malaysia-ind... http://www.budiey.com/gambar-fasha-sandha-di-sidan... http://www.budiey.com/sinopsis-drama-bersiri-seind... http://www.budiey.com/tv3-tv9-lancar-kempen-ramada... http://aweenlp7.fotopages.com/?entry=456782&back=h...